Apa yang ada jarang disyukuri,apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang,apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman.
Petikan bait lirik dari nasyid Antara Dua Cinta dendangan The Zikr terngiang-ngiang di fikiran Serunai.Lirik yang jelas menerangkan tentang perihal sikap manusia yang mudah alpa apabila semua yang diingini telah sempurna di depan mata.Sesuatu yang diperoleh tanpa usaha biasanya kurang dihargai.Rezeki melimpah ruah ini dianggap benda asas kehidupan sehingga terlupa ada yang kurang bernasib baik tidak merasa apa yang kita kecapi hari ini.Begitulah pelupanya manusia sehingga tanggungjawab yang diamanahkan hampir diabaikan.Serunai pun tidak terkecuali dari golongan mereka yang leka ini.Nikmat yang dikecapi
anggota Impemas di Kuwait kini tidak terhitung banyaknya.Daripada semahal-mahal tajaan seperti tiket kapal terbang tahunan sehinggalah perkara remeh temeh seperti pinggan makan pun dibersihkan.Kesenangan percuma ini sedikit sebanyak telah melekakan syabab sehingga terlupa tujuan asal datang ke Kuwait.Melihat keadaan syabab Impemas yang semakin lama semakin leka inilah,Biro Tarbiyah telah mengambil inisiatif sewajarnya dengan menganjurkan satu tazkirah yang bertajuk Hilangnya Semangat Menuntut Ilmu;Di Mana Silapnya?Bagaimana Mengubatinya?.Mendengar tajuknya saja sudah cukup membuatkan Serunai berfikir
sejenak hala tuju dan nilai sebenar erti sebuah perjuangan dalam kehidupan.Tajuknya cukup sinis untuk menyindir mereka yang telah lama dibuai mimpi dunia.Tazkirah yang berlangsung di bilik Akh Syahrul dan Akh Muhammad pada 26 Mac 2009 itu telah dipengerusikan oleh Naib Presiden Impemas,Akh Syamsul Munawwir.Serunai begitu teruja sekali mendengar isi-isi bernas yang disampaikan oleh ketua Biro Tarbiyah Akh Shahril.Adakalanya apa yang diutarakan terkena pada batang hidung Serunai sendiri.Antara punca kelemahan semangat menuntut ilmu yang telah dikenal pasti adalah sikap suka menangguh,hidup tiada hala tuju,mudah berputus
asa dan pengaruh dengan rakan sebaya.Turut dijelaskan cara-cara untuk menaikkan semula semangat yang kian pudar antaranya dengan sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu,beristiqomah,menghormati guru dan juga menghargai diri
sendiri.Tazkirah panjang lebar dan bernas itu bermula selepas Maghrib hingga waktu Isya'.Usai solat hajat berjamaah,syabab dihidangkan dengan santapan yang dimasak oleh Chef Akh Syahril sendiri dan pembantu-pembantunya yang juga ahli-ahli IMPEMAS sendiri.Berselera sungguh Serunai lihat gelagat anggota Impemas menjamu selera hidangan nasi tomyam dan telur goreng.Walaupun tazkirah ini berlangsung dengan ketiadaan seorang akh kesayangan kami(akh kamaruzzaman) kerana menunaikan umrah,ia tetap berlangsung dengan baik dan lancar.Alhamdulillah,Serunai harap tazkirah yang dihadiri oleh 15 anggota Impemas ini sedikit sebanyak telah menyedarkan mereka tentang kepentingan ilmu dan kewajipan yang perlu ditunaikan.

dari kanan:akh amin,syazwan,syam,farhan,syahrul
dari kiri:akh ikhwan,luqman,hakim,abdussalam
dari bawah:akh muhammad,hakim,syahrul
dari kanan:farhan dan amin
antara persiapan ringkas yang dilakukan
majlis ringkas ini diakhiri dengan makan malam

0 comments:
Post a Comment