
Hujung minggu merupakan hari yang selalu dinanti-nantikan oleh semua orang.Setelah penat melakukan rutin kerja dan proses pembelajaran,peluang rehat hujung minggu dipenuhkan dengan kegiatan santai yang berfaedah disamping mengeratkan lagi ikatan sesama insan.Suasana ceria kunjung-mengunjung kebiasannya mewarnai persekitaran asrama-asrama pelajar asing di Kuwait.Apa yang Serunai perhatikan,amalan ini tidak hanya dipraktikkan di kalangan pelajar Melayu sahaja,malah mereka yang berasal dari Afrika,Eropah dan Arab juga saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain.Maklumlah,keadaan pelajar yang jauh dari keluarga menyebabkan secara tidak langsung status kawan seakan-akan berubah menjadi adik-beradik kedua.Peluang bertemu dengan pelajar sekolah menengah ini telah dimanfaat sepenuhnya oleh Akh Shahril dengan mengadakan pertemuan ilmiah atau lebih mesra dengan panggilan usrah.Bukan pelajar Malaysia sahaja yang mengikuti program ini,bahkan ia turut menerima penyertaan daripada pelajar negara jiran kita iaitu Singapura dan Indonesia.Jika sebelum ini adik-adik kita selalu dihidangkan dengan program-program hiburan,permainan dan jalan-jalan,rasanya tidak salah jika seminggu sekali mereka dikumpul beramai-ramai untuk menjayakan usrah yang berguna ini.Lagipun,masa antara Maghrib dan Isya' bukanlah lama sangat sehingga mengganggu jadual mereka.Jadi Serunai rasa tidak ada alasanlah untuk mereka ponteng dari program yang berlangsung pada setiap hari Jumaat ini.Perkara-perkara yang dibincangkan semasa usrah adalah meliputi bab hukum-hakam,sirah serta hal ehwal yang berkaitan dengan agama Islam.Seingat Serunai,Akh Zarizan pernah juga menganjurkan usrah seumpanya beberapa tahun dahulu,tetapi entah di mana silapnya hanya seminggu dua sahaja usrah itu berjalan.Diharapkan program yang telah bermula sejak awal tahun ini mampu bertahan dan menjadi acara mingguan 'wajib' kepada adik-adik kita.
USRAH
Cinta...khas buat semua syabab impemas!
Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati
Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati Ustaz Zainudin Hashim Fri Apr 17, 09 10:07:12 am MYT Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu. Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah) Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14) Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74) Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak. Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut: * Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22) * Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28) Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89) Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah: 1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagiana33;daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; * Hubbul dunia (kasihkan dunia) * Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) * Membanyakkan makan dan menjatuhkana33;anggota badan kepada maksiat kepada Allah. Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; *a33; Zuhud dengan dunia * Zikrullah *a33; Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
---www.harakahdaily.net---
COUPLE
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Saya bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .
-www.iluvislam.com-
Sepuluh Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
إقراء... وتدبر... واعمل
Bacalah, Renunglah dan Amalkanlah
Pertama:
قم إلى الصلاة متى سمعت النداء، مهما تكن الظروف
"Apabila saudara mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun."
KeDua:
أتل القرآن أو طالع أو استمع أو أذكر الله، ولا تصرف جزءا من وقتك فى غير فائدة
"Bacalah al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara meanggunakan masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."
KeTiga:
اجتهد أن تتكلم العربية الفصحى، فإن ذلك من شعائر الإسلام
"Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar islam."
KeEmpat:
لا تكثر الجدل فى أى شأن من الشؤون، أيا كان، فإن المرء لا يأتى بخير
"Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kecuali dalam hal yang penting. Kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah."
KeLima:
لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن وقور
"Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berkomunikasi dengan Allah (zikir) sentiasa tenang dan tenteram."
KeEnam:
لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد
"Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara."
KeTujuh:
لا ترفع صوتك أكثر مما يحتاج إليه السامع، فإنه رعونة وإيذاء
"Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain."
KeLapan:
تجنب غيبة الأشخاص وتجريح الهيئات، ولا تتكلم إلا بخير
"Jauhilah daripada membicarakan dan mengumpat peribadi (keaiban) orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jauhilah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan."
KeSEmbilan:
تعرف إلى من تلقاه من إخوانك، وإن لم يطلب إليك ذلك، فإن أساس دعوتنا الحب والتعارف
"Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan. Kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih-sayang."
KeSepuluh:
الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الإنتفاع بوقته وإن كانلك مهمة فأوجز في قضائها
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya."
Kita sebagai pendokong perjuangan islam sepatutnya ada pada diri kita apa yang iman hassan al-banna pesan kepada ikhwan ketika itu. Wasiat beliau bukan untuk ikhwan pada masa itu sahaja, bahkan menjadi satu nasihat yang patut dipegang oleh pejuang islam sepanjang zaman.Marilah sama-sama kita renungkan…Adakah semua 10 nasihat al-banna ada pada diri kita?Jika ada, alhamdulillah… insyallah perjuangan islam sikit masa lagi akan mencapai hasilnya.Jika tiada, marilah sama-sama kita berusaha setakat kemampuan kita menjadi pejuang yang betul-betul ikhlas dan tulin dalam perjuangan serta merialisasikan dalam diri kita apa yang as-syahid iman hassan al-banna pesan kepada pejuang-pejuang islam pada ketika beliau masih hidup dahulu.Insyaallah semua pesanan as-syahid iman hassan al-banna akan ada pada diri kita. Amin…
-zulfz.blogspot.com-
Tujuh Golongan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Huraian :
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil
Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal(Keagungan) dan sifat Jamal(Keelokan) Allah
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
Lelaki dan Perempuan
Aku Lelaki dan Kau Perempuan.....
bezanya,istimewanya
LELAKI
sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sen diri,dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh.
BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya
maka dosa baginya teruta ma
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN????
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung de ngan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu,
kalau tak tahu kena jadi perempuan.B egitulah kira-kiranya.
PEREMPUAN
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu
taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid
dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan
seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taatkepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk
menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi
wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya
istimewa di sisi seorang lelaki,
tetapi ingatlah wahai lelaki...
kamu sebenarnya
adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat
kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya...
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Sumber: e-ppms.net
Program Tazkirah
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang,apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman.
Petikan bait lirik dari nasyid Antara Dua Cinta dendangan The Zikr terngiang-ngiang di fikiran Serunai.Lirik yang jelas menerangkan tentang perihal sikap manusia yang mudah alpa apabila semua yang diingini telah sempurna di depan mata.Sesuatu yang diperoleh tanpa usaha biasanya kurang dihargai.Rezeki melimpah ruah ini dianggap benda asas kehidupan sehingga terlupa ada yang kurang bernasib baik tidak merasa apa yang kita kecapi hari ini.Begitulah pelupanya manusia sehingga tanggungjawab yang diamanahkan hampir diabaikan.Serunai pun tidak terkecuali dari golongan mereka yang leka ini.Nikmat yang dikecapi
anggota Impemas di Kuwait kini tidak terhitung banyaknya.Daripada semahal-mahal tajaan seperti tiket kapal terbang tahunan sehinggalah perkara remeh temeh seperti pinggan makan pun dibersihkan.Kesenangan percuma ini sedikit sebanyak telah melekakan syabab sehingga terlupa tujuan asal datang ke Kuwait.Melihat keadaan syabab Impemas yang semakin lama semakin leka inilah,Biro Tarbiyah telah mengambil inisiatif sewajarnya dengan menganjurkan satu tazkirah yang bertajuk Hilangnya Semangat Menuntut Ilmu;Di Mana Silapnya?Bagaimana Mengubatinya?.Mendengar tajuknya saja sudah cukup membuatkan Serunai berfikir
sejenak hala tuju dan nilai sebenar erti sebuah perjuangan dalam kehidupan.Tajuknya cukup sinis untuk menyindir mereka yang telah lama dibuai mimpi dunia.Tazkirah yang berlangsung di bilik Akh Syahrul dan Akh Muhammad pada 26 Mac 2009 itu telah dipengerusikan oleh Naib Presiden Impemas,Akh Syamsul Munawwir.Serunai begitu teruja sekali mendengar isi-isi bernas yang disampaikan oleh ketua Biro Tarbiyah Akh Shahril.Adakalanya apa yang diutarakan terkena pada batang hidung Serunai sendiri.Antara punca kelemahan semangat menuntut ilmu yang telah dikenal pasti adalah sikap suka menangguh,hidup tiada hala tuju,mudah berputus
asa dan pengaruh dengan rakan sebaya.Turut dijelaskan cara-cara untuk menaikkan semula semangat yang kian pudar antaranya dengan sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu,beristiqomah,menghormati guru dan juga menghargai diri
sendiri.Tazkirah panjang lebar dan bernas itu bermula selepas Maghrib hingga waktu Isya'.Usai solat hajat berjamaah,syabab dihidangkan dengan santapan yang dimasak oleh Chef Akh Syahril sendiri dan pembantu-pembantunya yang juga ahli-ahli IMPEMAS sendiri.Berselera sungguh Serunai lihat gelagat anggota Impemas menjamu selera hidangan nasi tomyam dan telur goreng.Walaupun tazkirah ini berlangsung dengan ketiadaan seorang akh kesayangan kami(akh kamaruzzaman) kerana menunaikan umrah,ia tetap berlangsung dengan baik dan lancar.Alhamdulillah,Serunai harap tazkirah yang dihadiri oleh 15 anggota Impemas ini sedikit sebanyak telah menyedarkan mereka tentang kepentingan ilmu dan kewajipan yang perlu ditunaikan.
dari kanan:akh amin,syazwan,syam,farhan,syahrul
dari kiri:akh ikhwan,luqman,hakim,abdussalam
dari bawah:akh muhammad,hakim,syahrul
dari kanan:farhan dan amin
antara persiapan ringkas yang dilakukan



